Shout Awards 2012 yang dianjurkan pada jumaat yang lepas di Sunway Lagoon Surf Beach telah dicemari dengan sikap pengunjung yang tidak bermoral. Dua kumpulan yang didatangkan dari korea iaitu kumpulan VIXX dan NU'EST diberi layanan yang agak memalukan.Mereka di"boo", dibaling kasut, kipas dan sebagainya semasa kumpulan korea tersebut berada di atas pentas. Terdapat sampah sarap di atas pentas. Jelas sekali hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersikap tidak profesional dan mencemarkan nama baik negara. Di sini saya mengakui bahawa saya kurang berminat akan artis-artis k-pop, tetapi layanan yang memalukan itu tidak sepatutnya terjadi walaupun kita tidak menyukai genre muzik mereka. Cuba kita bayangkan artis-artis dari negara kita membuat persembahan di luar negara dan diberi layanan yang memalukan. Kita juga akan berasa marah bukan? Oleh itu walau apa pun genre muzik yang dipersembahkan, hormatilah sebagai mana kita dihormati. Sekian.
Media Sosial 'TWITTER' juga penuh dengan pendapat masing-masing.
Trending di'TWITTER'