Di sini saya ingin membuat reviu dan pendapat tentang penulisan artikel di dalam blog kepunyaan Dr. Rahmat Ghazali suaramurba iaitu
"BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA. Pertama sekali,
apa itu balkanisasi siber? Istilah yang sangat jarang kita dengar pada
masa kini. Menurut Cass Sunstein, balkanisasi siber adalah satu analogi
terhadap gejala media yang menjadikan khayalak terpisah kerana tidak
dapat memahami suatu sama lain dan membentuk koloni masing-masing dan
bertindak ganas terhadap kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka.
Di
dalam artikel tersebut, penulis juga menyatakan bahawa kebebasan
internet boleh mempengaruhi rakyat dan boleh memecahbelahkan mereka jika
hal ini tidak di bendung. Penulis juga memberitahu bahawa kebebasan
media cetak lebih ketara berbanding pada zaman Tun Dr Mahathir. Ini
merujuk kepada penapisan dan sekatan undang-undang penjualan akhbar
politik yang kini sangat senang untuk di dapati di pasaran. artikel
tersebut juga dinyatakan bahawa penapisan kebebasan media baru atau
internet yang diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
telah membangkitkan kesan negatif terhadap keharmonian sosial di negara
kita ini.
Informasi atau kandungan-kandungan
sesuatu perkara amat mudah untuk kita peroleh di dalam internet. Ada
sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab menggunakan media baru ini
untuk memutarbelitkan sesuatu untuk membuat pembaca atau pengguna
internet terpengaruh dan percaya akan isi yang disiarkan di dalam
internet, tidak kira blog, video mahupun gambar. Hal ini akan membuatkan
sesetengah pihak mempunyai pelbagai pendapat dan apabila pendapat di
antara mereka tidak bersependapat, mulalah berlaku perpecahan dan
wujudnya puak masing-masing bersama-sama ideologi tersendiri.
Penulis juga menyatakan balkanisasi
mengancam perpaduan kaum di malaysia. Ini kerana bahasa kesat sering
dilemparkan bersama-sama dengan sifat kebiadapan ke dalam parlimen dan
Dewan Undangan Negeri. Kita juga pernah melihat dan mendengar pendebatan
yang mengandungi perkataan-perkataan kesat seperti 'beruk', 'orang
utan', 'kurang ajar' dan sebagainya. Penulis menyatakan bahawa hal ini
tidak mewajarkan kematangan pemimpin rakyat apabila menyebut kata-kata
kesat di dewan yang mulia seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Sekali lagi saya ingin menyatakan
balkanisasi siber membuktikan terjadinya perpecahan akibat tidak
sealiran cukup boleh merosakkan keharmonian negara kita. Walaupun banyak
yang kita boleh dapati di dalam internet, tetapi, tidak semuanya
sahih.
Rujukan:
Rahmat Ghazali. (2011), BALKANISASI SIBER: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA, Retrieved 6 November 2012,
No comments:
Post a Comment